Tuesday, January 25, 2011

Jangan Lupa Hantar Ubat Ke Rumah Panjang

Terima kasih kepada kerajaan BN yang prihatin dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ubat kepada pesakit-pesakit kronik menggunakan khidmat pos laju. Secara tidak langsung, khidmat ini akan mengurangkan beban perbelanjaan bagi pesakit-pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat masing-masing. Selain itu ia juga dapat mengurangkan pembaziran masa untuk mengambil dan 'menunggu' giliran mengambil ubat.

Namun saya sedikit terkilan, kerana usaha murni ini tidak dapat dinikmati majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak dan khususnya penduduk di sekitar Pekan Lapok. Untuk makluman Menteri Kesihatan, perkhidmatan penghantaran surat (posmen) belum pernah sampai ke Pekan Lapok semenjak merdeka. Jangankan pos laju, pos lambat pun tak pernah sampai bukan saja di Pekan Lapok malah hampir di keseluruhan rumah-rumah panjang. Jadi saya mencadangkan kepada pihak yang bertanggujawab memikirkan bagaimanakah caranya supaya perkhidmatan ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kerana kita tidak mahu dinafikan hak dan perkhidmatan yang disediakan kerana kita semua 1Malaysia dan lebih-lebih lagi pemimpin UMNO dan BN mengakui bahawa Sabah dan Sarawak sebagai 'fix deposit', maka kami perlu dilayan sebagaimana seharusnya 'fix deposit' dilayan. 

Jika pihak berkaitan dan menteri-menteri berkaitan tidak dapat memikirkan cara moden menggunakan pos laju menghantar bekalan ubat tersebut, mungkin saja cara tradisional boleh digunakan. Tidak salah melatih burung-burung merpati untuk menghantar ubat-ubat tersebut, yang penting penduduk sama-sama menikmati kemudahan yang disediakan. Untuk pengetahuan pak menteri, kos pengambilan ubat-ubat seperti ubat kencing manis dan ubat darah tinggi, penduduk di sekitar Pekan Lapok memerlukan perbelanjaan mencecah RM100 untuk menampung kos perjalanan sahaja. Akhir kata, semoga perkhidmatan ini bukan sahaja indah khabar dari rupa dan enak di dengar apabila dibaca pemberita, tetapi benar-benar dinikmati oleh penduduk terumatanya penduduk di Sabah dan Sarawak khususnya yang berada di pedalaman.

No comments:

Post a Comment