Saturday, February 5, 2011

Ngelak ke orang bukai di ngelaban di Marudi


Utusan Borneo 13th January 2011, Presiden SNAP Edwin Dundang berkata beliau tidak menafikan akan bertanding di DUN Marudi dan Naib Presiden SNAP Kebing Wan akan bertanding di DUN Telang Usan

Apa Kata Pengundi Akar Umbi

Sempena Hari Krismas Tahun 2010 dan sambutan Tahun Baru 2011 yang lalu, saya berkesempatan menemui beberapa penduduk dan pengundi di kawasan DUN Marudi. Kebanyakan mereka melahirkan kebimbangan dan kemarahan kepada Barisan Nasional yang telah memerintah sejak merdeka tetapi masih gagal membawa kemajuan dari segi infrastruktur asas, ekonomi,pendidikan dan juga kesihatan. Selain daripada itu mereka juga bersungut kerana tidak banyak peluang ekonomi untuk mereka disamping ada kebimbangan nyata di sesetengah wajah yang menzahirkan kerisauan akan kehilangan tanah adat mereka kepada syarikat-syarikat besar. 
Namun begitu, tidak kurang juga yang bersyukur diatas inisiatif kerajaan BN sepanjang 47 Tahun yang lalu, walaupun tidak ketara tetapi ada sedikit usaha untuk membangunkan kawasan DUN Marudi.  Secara jujur saya sendiri bersyukur kerana ada usaha oleh BN untuk membawa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, jalanraya berturap dan kemudahan kesihatan walaupun ianya agak perlahan. 
Berbalik kepada orang numbor 1 dan 2 SNAP, saya memohon kepada kalian berdua untuk mempertimbangkan kembali hasrat untuk bertanding di Marudi dan Telang Usan. Berikut adalah antara suara akar umbi yang mengundi di Marudi. “Enti Dundang nya bediri ngelaban Entrie, enda aku nyuruh nembiak ngundi ia, udah (xxxxxx) projek rumah panjai kami ia maya nyadi DO di Marudi suba" respon seorang tuai rumah di daerah Lapok. Ramai juga yang berkata, “Nadai agi orang ke biak di asuh ngelaban BN”? dan yang lebih drastik lagi ada yang menggelarkan mereka sebagai “gila kuasa”. 
Apa Kata ARP
Benar itu adalah sedikit suara sumbang yang tidak mewakili keseluruhan suara pengundi di kedua-dua DUN, tetapi itu adalah realiti yang harus diterima oleh kedua-dua pemimpin. Kita sering mendengar suara-suara pemimpin yang mengatakan bahawa kepentingan Parti dan rakyat adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi. Jika benar Edwin dan Kebing cintakan masyarakat di Marudi dan Telang Usan, dan jika benar mereka berdua mahu memberikan saingan yang sengit kepada BN, ini lah masanya untuk berkorban. Belum terlambat untuk mereka mencari calon yang sesuai bagi membawa bendera SNAP di Marudi dan Telang Usan begitu juga dengan kawasan lain. Pada hari ini, pengundi bukan sahaja menilai parti yang bertanding tetapi juga individu itu sendiri. 
Saya dilahirkan di dalam keluarga yang majoritinya adalah ahli-ahli parti SNAP sebelum krisis SNAP yang menyaksikan perbalahan berlaku disebabkan segelintir pemimpin yang “gila kuasa”. Malah datuk saya sendiri merupakan orang kuat Presiden SNAP sekarang, dan sokongan mereka kepada SNAP tidak boleh dibayar dengan wang ringit, dan kerana SNAP, mereka menolak PBDS yang calon nya adalah darah daging mereka sendiri sebanyak dua kali, dan penyesalan itu akan dibawa hingga ke akhir hayat kerana mereka orang kuat SNAP maka mereka menolak PBDS pada masa itu. Tetapi itu cerita sebelum SNAP jatuh kerana orang “gila kuasa”. Hari ini, rata-rata penduduk di kawasan Marudi sudah beralih arah ke SPDP dan parti komponen yang lain.
Kepada Edwin Dundang, saya tidak ada hak untuk menghalang kamu untuk berentap pada pilihanraya yang akan datang, tetapi saya ada hak untuk menyuarakan suara akar umbi yang hanya terperap di rumah-rumah panjang dan kedai-kedai kopi sahaja. Kepada Edwin, kamu pernah ada peluang untuk membangunkan pekan Marudi dan jajahannya sewaktu kamu menjawat jawatan DO di Marudi dahulu, dan jika benar kamu ikhlas mengapa tidak lakukannya dahulu. Kami bersyukur di atas kepimpinan wakil rakyat kami sekarang, yang bukan sahaja orang tempatan tetapi beliau tidak pernah lekang mengunjungi kami di kawasan Marudi tanpa hanya menunggu pilihanraya hampir tiba. Jika benar SNAP ingin memberikan saingan di kedua-dua tempat, carilah calon tempatan, yang lebih muda, yang boleh bekerja untuk mewakili rakyat, mungkin dengan demikian SNAP mampu menyaingi dan mengurangkan majoriti BN jika untuk memenanginya mungkin sesuatu yang sukar. 
Kepada penyokong tegar SNAP saya memohon maaf begitu juga kepada anti BN. Saya tidak menyokong mana-mana parti tetapi menyokong mana yang betul dan menegur mana yang salah.

No comments:

Post a Comment